Monday, April 11, 2011

DESTINASI PERCUTIAN


Releks-releks sambil menikmati udara dingin kat Cameroon Highland(dalam Malaysia la) memang mendamaikan...tak fikir lain dah kecuali releks goyang kaki,bangun pagi makan spagetti perut kenyang suka hati..uhuhuh lagu glamour time aku kindergarden dulu..alalala comelnya goyang -goyang kaki like tuan tanah...kahkahkah...sudah tuan tanah jugak yang kene..why la tak pilih tuan rumah ke tuan khemah ke..hahahaha..Bukan ape aku sekarang memang sedang mengimpikan sebuah percutian..dah macam robot pulak asyik keje keje keje, macam  ibu tunggal pon ade gak yang nak menyara sepuluh orang anak..letih yang teramat letih sangat..Seingat aku last time aku ambik cuti masa raya haji tahun lepas dalam bulan 10 atau 11,so cuba korang kire dah berape lama aku tak cuti..yang baru ni  aku cuti pon sebab demam,kalau tak demam takde la aku bercuti,itu pon sehari je..dan sekarang ni aku rasa macam robot yang tak cukup kuasa..bateri lemah elektrik takde...

Tahun lepas aku dah gi Sabah tapi tak berape nak best la,gi ngan makcik-makcik,orang nak gi tempat-tempat yang menarik diorang pulak bantai beli mutiara tak sudah-sudah..tapi nasib baik sempat gak kitorang menikmati keindahan Gunung Kinabalu..kitorang kire bernasib baik dapat tengok puncak die..peh kalau dapat climbing lagi best..tu pun diorang tak habis-habis lagi nak memborong mutiara..nak buat camne kan dah gi ngan majoriti aunty so orang muda macam aku ni terpaksa rela la ikut..korang layan dulu gambar yang tak seberape kat bawah nie...


*nie gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
*kat Tanjung Aru - tapi takpat lepak lelame

Sabah Borneo
Hotel penginapan..nama aku lupa


sunset - Tanjung Aru
For this year pulak aku planning nak gi bercuti menghabiskan duit memenatkan kaki mencuci-cuci mata kat Medan atau pun Bali(insyaallah)..kalau korang nak gi mane?Medan atau Bali?Medan la eheheh Bali lagi best..tapi Medan pun ok what..entah la aku pon confius nak pilih mane satu..kalau boleh dua-dua pon aku nak pegi...tapi ape-ape hal pon kite buat passport dulu..aku ingat nak buat passport Khamis minggu lepas..dah tak sabar rase nye tengok passport tu..tapi disebabkan ade sedikit kesulitan so aku tangguhkan dulu..dan mungkin hujung bulan ni baru aku berkesempatan untuk membuat passport tu..

Tak sabar rasenye nak pegi bercuti..so harap-harap perancangan percutian ni berjalan dengan lancar.. dan aku dapat merehatkan otot-otot aku untuk beberape hari sambil menabur duit yang tak berape nak banyak kat mane-mane destinasi percutian yang terpilih..Ok.. tu je jumpa lagi lain kali.. 

Saturday, April 2, 2011

PANTANG

AKU KALAU...
  • Orang duduk atas meja especially meja makan.Apa akal la korang ni duk atas meja makan..Tak berfaedah la orang cipta kerusi tapi kau duduk atas meja kan..atau korang ni jenis yang buta hati tak dapat nak bezakan fungsi meja dengan kerusi..Nama pun meja makan mesti la letak makanan untuk kau makan,bukan meja duduk senang kau nak landing kan.Ke korang memang saje buat aku angin satu badan.
  •  Budak kecik tapi kepala besar.Korang mesti kesian pada budak kecik itu la kan,berkepala besar sengsara nak hidup.Tapi aku bukan bercakap pasal budak kecik yang sengsara berkepala besar tu sebab yang tu aku takde pantang nya ngan diorang kesian lagi ade la.Kalau korang tak kesian aku tak tau la korang nie jenis ape, manusia kah atau hantu kah?hati kering betul.Yang aku pantang jenis yang suka buat perangai lepas tu taknak dengar kata.Ada batu juga atas kepala(dialog cerita P.Ramlee).Sekali pujuk tak jalan dua kali pujuk aku bagi pelempang.HEI!JANGAN MAIN-MAIN TAU(macam iklan tv da).
  •  Orang duduk dekat-dekat ngan aku macam adik aku.Aduh memang pantang aku,ruang sikit punya luas sebesar-besar alam ayah aku buat nak gak dekat-dakat ngan aku.Mengurangkan bekalan oksigen bersih yang aku boleh sedut je.Tak cukup ruang ke ape tah diorang nie.Tau la aku ni kesayangan kau(kakak mithali la katakan) tapi jangan la duduk dekat sangat,aku rimas tau rimas yang serimas rimasnya(buat aku nak nyanyi lagu RIMAS je).Ape kejadahnya kau duk mengendeng kat aku la kan.Boleh sawan aku kalau selalu camni tapi nasib baik aku takde penyakit sawan dan tak pernah gak kena sawan.
  • Orang yang tak reti nak cover mulut dia.Bukan la aku nak suruh korang cakap ngan aku sambil tutup mulut korang,cuma bile bercakap tu cover la sikit pertuturan.Jangan main sebut je ape yang ade kat kepala nak nak pulak bile time marah.Kalau ye pun tengah hot temper masa tu tapi jangan la sampai nak maki-maki and tengking-tengking orang.Kene kat aku cam tu sorry la takde maaf bagi mu.Memang aku tak tegur la lagi nampak nye.Jangan harap aku nak senyum-senyum,gelak-gelak, sembang-sembang dan yang same waktu dengan nya ngan korang.
  • Orang yang guna barang aku tak mintak kebenaran.Nie pun kepantangan aku,even ko nak gune pemadam yang harga 60 sen pun mintak la kebenaran dulu apatah lagi kalau kau nak gune barang-barang yang mahal daripada tu.Please la pada orang-orang yang camni.Tingkatkan la kesedaran sivik anda bertingkat-tingkat.Susah sangat ke nak mintak kebenaran.Aku ni jenis orang yang sayang harta tau walaupun pemadam 60 sen tadi,..hahahaha...Memang susah la nak bagi orang pinjam tapi kalau kene gaya kau bodek aku dengan senang hati aku bagi kau pinjam dengan syarat penting pulangkan balik,jangan hilangkan.
  • Orang yang mencacatcelakan barang aku.Aku punya la jaga barang,kau sesenang pegi menjahamankan,memang sengaja tempah ribut perit kebabom la jawabnya.Susah betul nak bercakap ngan orang jenis macam ni..Tak bagi pinjam nanti kata kedekut tahi hidung masin..mesti diorang ni penah rase,ishk tolong la geli i u..tapi bila dah bagi pinjam tak reti nak jaga bebaik...habis jahanam harta aku..
Dah la malas aku nak senaraikan lagi ape perkara-perkara yang aku benci....kalau aku senaraikan mau berjela-jela jadinya..macam-macam nanti yang aku listkan sampai nanti ade yang kata aku ni macam bagus je semua bende pun nak pantang,semua bende pun tak suka..tapi nak buat camne kan dah memang aku tak suka..tak kan aku nak lompat keriangan macam kanak-kanak ribena yang terlebih minum milo padahal hati sikit punya bengkak macam orang kene penyakit hati kronik pulak kan..aku dah mula sakit hati ni..bla dulu ...
Daaa..

    Monday, March 14, 2011

    Nightmare

    Bermimpi dipinang anak raja...anak raja tau,anak kerabat diraja..
    bukan anak Rajagopal atau anak Rajakumari..
    memang seronok,bukan setakat seronok tapi seronok gila..gila punya seronok..
    tapi tu kira bermimpi di siang hari la kan..
    apakah kau ni tidur siang pun mimpi ke?
    tidur tak baca doa la ni.. 
    jangan nak berangan la anak raja nak minang kau kan Nurul...
    bukan setakat anak raja, anak bodyguard raja pun belum tentu kau boleh dapat kan kan..

    Tapi sumpah memang best kalau mimpi anak raja datang meminang..
    lagi best kalau anak raja tu datang meminang betul-betul kan...
    confirm terbang sampai langit ke tujuh..
    rasa macam bulan jatuh ke riba pun ada,belepop bunyi bulan jatuh..wah teruja aku...
    bulan jatuh atas riba..sudah jangan nak merepek kau Nurul...
    istighfar bebanyak, kalau dah sampai bulan jatuh ke riba tu kira dah nak kiamat la kan..
    bertaubat la kau bebanyak...

    Tu pepatah je la,pepatah..pepatah tu adalah perumpamaan..
    perumpamaan tu adalah pepatah.....apakah budak ni merepek yang tah ape-ape...
    Berbalik pada cerita mimpi...orang kata,orang yang kata bukan aku yang kata ok..
    diulangi sekali lagi aku tak kata..jangan nak tuduh-tuduh aku pulak yang kata...
    tak baik tuduh-tuduh tanpa bukti ni..
    mimpi tu mainan tidur...terconfius aku macam mana pulak tidur boleh bermain...

    Mimpi mainan tidur..memang betul tapi tu pun kalau kau mimpi yang macam atas tadi..
    atau yang sama waktu dengannya la kan..
    mimpi anak raja datang meminang kau..sebab bagi aku tu bukan mimpi tapi berangan..
    berangan sampai terberjangkit pulak dalam tidur..
    Tapi kadang-kadang mimpi jugak membawa maksud tertentu.. 
    Contohnya kalau kau mimpi ular...tu ada kaitan dengan sihir..
    kau jangan pulak la nak perasan ada orang nak melamar kau ke ape..
    kalau kau dah jadi suami/isteri orang pas tu mimpi ular..takkan la orang nak melamar kau kan..
    hilang akal ke ape?

    Atau pun kau mimpi gigi  patah..tu petanda yang kau akan dapat berita kematian..
    tapi jangan pulak kau fikir gigi tu patah pas tu nanti tumbuh gigi emas ke perak ke diamond ke zamrud ke muriara ke blablabal.....
    kahkahkah(tak kelakar pun lawak ni)..tapi kalau kau terfikir gak cam tu...aku rasa otak kau dah jahanam..ceh kasarnya bahasa...


    Tapi macam mana pulak kalau kau mimpi dalam badan someone yang kau kenal keluar beras...
    beras yang sangat la banyak..berjuta-juta lemon la..kira boleh la kalau nak buat kenduri panggil orang kampung datang makan pas tu pekene pulak dengan lauk daging masak beriani atau ayam masak kurma peh menyelerakan..meleleh air liur,lapar pulak aku dibuatnya..tapi masalahnya kau tak leh nak ambik beras tu buat masak sebab beras tu bukan nya beras yang macam kau beli kat supermarket tanpa bendasing..
    Beras tu ada tanda-tanda merah..ala macam kau ujala kan baju tapi colour tak sekata(campok)..
    camne jadinya baju tu..beras tu pun cam tu la...


    Bagi aku kalau ianya setakat mimpi yang mainan tidur tadi tu ok la..tapi kalau ada petanda tertentu camne?
    kalau petanda baik bersyukur sangat la kan..ye la mana tau nak dapat rezeki yang berlipat ganda..
    dapat duit berbillion-billion ke naik pangkat ke dapat rumah macam istana ke tapi tak nak la istana takeshi tu nak buat ape..buat sakit urat saraf je..memang bersyukur sangat-sangat la...kalau tak bersyukur memang la kau ni jenis yang ______ ..pandai-pandai kau la nak kata ape..
    tapi kalau petanda buruk..astaghfirullah mintak dijauhkan la..jauhkan la daripada perkara-perkara buruk..jauhkan la daripada apa-apa bencana sama ada pada diri sendiri atau sanak saudara..lindungi la hamba-MU..



    *jangan lupa baca doa sebelum tidur ok



    Friday, March 4, 2011

    TIGA

    Tiga?
    Ade ape dengan nombor Tiga?ape motifnya aku bagi nama entry ni TIGA.Tak faham betul la dengan budak Aku ni.Kenape harus nombor Tiga.
    Kenape?Kenape?dan Kenape?
    banyak lagi nombor lain.1,2,4,5 dan berjuta-juta...berjuta batu jauhnya,akan ku tinggalkan dirimu..aduh tetiba pulak keluar lagu Alleycat...TERIMA KASIH(versi Alleycat)teringat-ingat pulak Felix nyanyi lagu ni.Ok dah,berjuta-juta yang aku cakap ni xde kene mengena ngan batu Alleycat ni tapi berjuta-juta nombor..
    Betul jugak ek, kenape Tiga?
    Suka ati aku la kan.Nombor aku,hidup aku,xde kene mengena dengan yang hidup @ yang telah meninggal dunia.Ayat cam sentap je.Ape kes Nurul Slumber nak sentap-sentap pulak ni.
    Berikut adalah huraianya..ceh dah macam karangan pulak.Ni kalau cikgu BM aku baca confirm terharu anak murid dalam kategori terajin sangat buat karangan tetiba dengan berbesar hati buat karangan.Ok cikgu, takyah nak terharu-haru bagai nanti aku jadi terharu-biru pulak.Dah tu dah baca kat bawah ni.

    1 Kenape Tiga sebab aku anak ketiga .Anak ketiga yang comel.Betul tak tipu memang tersangat    comel,putih,gebu.Tak leh bla betul la budak ni puji diri sendiri.Siapa lagi yang nak puji kalau bi=ukan diri sendiri.My father pun anak nombor tiga jugak ok.

    2 Kenape Tiga sebab aku lahir tanggai 31 Mei.Suka jugak walaupun bukan 3 Mei tapi yang penting ade 3 disitu.Excited gile-gile la bila tiba tarikh tu walaupun umur makin lame makin meningkat.Tapi takpe macam santan, makin tua makin berlemak..terconfius disitu..bukan perumpamaan tu untuk lelaki ke?ah1 tak kire,tak kire nak jugak gune.

    3 Kenape Tiga sebab nombor tu unik.flexible,bila rotate boleh jadi macam2 nombor.Contohnya M..oh..manisnya,manisnya senyuman mu(Elite tetibe).Suka sebab aku seorang yang manis.Betul,betul dan sememangnya betul.aku memang manis.Nak tau seberape manisnya aku try skang,skarang jugak try rasa gula.Maniskan?tapi aku extra manis..peh puji diri sendiri lagi..takleh accept mengaku diri semanis kurma but I like,I like,I like,I like and I like so much..hahaha...

    Eh,eh..kenape pulak tetibe aku terlebih feeling kat nombor Tiga ni?ade maksud tersirat ke disebalik nombor Tiga ni?apakah?Rahsia Dihati Tak Siapa Yang Tahu...aku tau,aku tau ni frasa dalam novel Kau Untukku,harus ade petikan novel,tau la kau tu hantu saka (gaia,gaia,gaia) novel.Benarkah kata pepatah setenang-tenang air dikali,belum tentu tenang hati aku..Pepatah apakah?

     

    Tuesday, March 1, 2011

    Ditegur Oleh ???

    Hai ouls....
    Hope hari nie hari yang menyenangkan & membahagiakan...
    Skang nie aku dah ade hobi baru...
    Kalu dulu aku suke menstudy novel....skang dah x suke ke?tak,tak..
    skang nie menstudy novel masih lgi aktiviti utama...
    cume aku dah mule menikmati hobi baru...
    Skang nie bile weekend aku mensibukkan diri mengendeng my uncle ikut g mancing....
    NURUL MEMANCING APE KES?
    BIAU BETUL BUDAK MUKA SUCI(as my friends said) XLEH MEMANCING!!!!
    Well smua nye secare x sengaja ok..x sengaje..
    Niat dihati saje nak gi menengok-nengok ape yang family duk buat kat kolam ikan peninggalan arwah atuk...
    tetibe je jdi rindu kat atuk..nak nangis nie, nak nangis nie..semoge roh nye dicucuri rahmat...ALFATIHAH..
    abis 1 rumah kosong xde orang..aku pun memfollowkan diri la ikut diorang..
    sampai kat kolam tengok2 diorang ngah memancing...
    xleh blah la tengok diorang duk menunggu ikan memakan umpan...
    apekah?menyusahkan diri menunggu lame2 tapi ikan x dapat2 gak...
    beli je kat pasar kan senang...
    tapi tetibe je cam satu keajaiban,aku yang sebelum nie cukup x suke orang yang membazir mase menunggu ikan makan umpan tetibe nak try gak mancing...
     APE DAH JADI NIE?MESTI KES BUANG TABIAT NIE...
    ape lgi aku pun menunjukkan skill yang x seberape nie...
    x sampai 5 minit dah dapat ikan..hooray,hooray..excite 2...
    walaupun orang kata mancing ikan belaan nie x berape nak excite...
    aku tetap gak nak excite..mane xnye..tak penah mancing pun sebelum nie ok..TAK PENAH...
    dah bangga dah nie dapat ikan...boleh tahan la besar...goreng pon sodap(mcm iklan ape ek dialog nie,lupe dah)..
    bile dah bangga + riak(sikit-sikit la) mule lupe diri eh ko nurul...
    tak bersyukur la tu..try lagi...lame sgt tunggu tapi x dapat2..
    dah bosan aku pas je kat orang lain...
    tu la tadi riak sangat..Allah x suke pade hambaNya yang riak...ambik ko dah x dapat ikan..
    padan muke...
    Sebelum diri aku nie menjadi bosan dan mengangkat kaki membla kan diri...
    aku test power skali lagi and dapat..ok nurul dah jangan tamak + riak...
    dah dapat 2 ekor kire ok la..aku pun membla kan diri balik umah...
    Bile nak maghrib..wah badan aku tetibe rase x menyeronokkan...
    hidung pun dah mule rase menyesakkan diri aku nie....
    akhir nye aku kene demam selesema...maka cuti la aku keesokan ari nye...
    Bile fikir2 balik kenape aku demam?..
    mesti aku telah ditegur oleh ........
    mesti Si ...... tegur aku"hai, dik orang baru ke?,xpenah nampak pun?"
    tapi betul ke aku telah ditegur nye...
    Kesimpulan nye ia masih menjadi misteri...
    coz x gi pun klinik kerajaan,swasta ataupun klinik tradisional...
    Ape2 pun.... 


    "USAH BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERIIIIIIIIIII...."

    daaa....





















    .

    Monday, February 21, 2011

    Duit Oh Duit

    Selamat bertemu kembali...
    Sebelum nie aku ade crite pasal tangan aku sakit kn....so skang nie tangan tu dah ok...
    aku tak pegi xray pun...bkn nye ape nk jimat duit(kedekut btul)...bajet lari...hehehe...
    Bercakap pasal duit nie, bulan nie aku mmg pening kpale...
    kene kire PCG untuk dipulangkan...mmg serabut...
    Crite die bermule macam nie....
    Pada suatu hari...wah dh mcm crite kanak-kanak le plk...mcm nie 10 hb yg lepas,ari khamis aku pegi taklimat Pekeliling Kewangan yg terbaru...dgn ati yg b'kobar2 nie pegi taklimat...
    lebih kurang kul 2.45 ptg taklimat pun mule...biase la mesti ade mukadimah dlu....blablabla.....
    "Pekeliling yg bru nie mengarahkan supaya memulangkan lebihan 5% PCG ke JPM sebelum 15 hb nie"kate akauntan JPM...peh rugi2....aku rse byk gak yg nk kene pulang...
    "Cara nk kire lebihan mcm nie"....so die terang la cara2 nye camne...x pun tengok je dlm pekeliling 2 ade contoh die....
    so malam 2 aku pun mula la operasi..sediakan jadual pengiraan...dan mule mengire...
    tp x siap malam 2...smbung besok plk...
    Besok nye aku kire lgi....kire,kire,kire n kire...hampir 50% siap...
    tak siap jugak...so aku t'pakse korban kn time cuti ari sabtu untuk siap kn...
    and finally siap jugak...ari isnin aku pun prepare cek....
    dapat kn tandatangan bos....ari selasa cuti umum so aku hantar cek pada ari rabu pagi..16hb...
    hantar pagi, petang mmber suh ambik baik cek 2 x yah hantar...
    coz kementerian bagi arahan tangguhkan dulu...
    Peh bengang betul....setelah beberape ari aku buat bende 2 at last x jadi hantar....
    hangin2...setelah aku korban kn cuti aku....
    ditambah dengan tidur malam yang x lena...makan yang x berselera(ye ke?)... tp akhir nye jadi cam nie...
    semua nye kerana duit.....


    DUIT OH DUIT......

    Friday, January 21, 2011

    Dugaan 2011

    Dah lame aku x update blog...rindunye...nk wat camnekan....dh tenet kt ofis aku xleh gune.Masuk je 2011 tenet terus problem...suis rosak....bru ari rabu ari 2 tukar suis bru..terbang duit tp sib baik bkn duit aku...hehehehe...
    Extually aku bkn nk crite psl tenet kt ofis yg xleh gune 2 tp psl lain..bru awal tahun 2011 aku dh pun diduga...dh 2 minggu lebih aku mngalami satu penyakit yg aku sdiri x tau ape smpai skarang....tgn kanan aku rse sakit....tp x tau sme ade masalah urat atau tulang...tp yg aku tau tgn aku nie mmg sakit..rse cam tulang kene patah-patah je...mule nye sakit kt p'gelangan tgn..skang dh b'jangkit smpai kt jari-jari aku...susah aku nk wat keje skang...dh la yg sakit 2 tgn kanan...tgn yg aku slalu gune...nk menulis pun rse sakit...ape lgi kalu nk angkat bende-bende berat...kalu mkn bende yg sejuk lgi trase sakitnye...x tau la ape kene nye ngan tgn aku nie...nk gi klinik check up ngan xray tp hati aku x sedia lgi...takut nk tau ape k'putusn die nanti...agak-agak nye ape la penykit aku nie ek?harap-harap x serius la penyakit nie...
    Tp walaupun tgn aku sakit...aku xla smpai nk mngeluh atau ape....sebab aku tau nie semua dugaan yg ALLAH bg untuk aku....sakit kn mhapuskan dosa-dosa kecil....amin...aku redha terima dugaan ALLAH nie..dh la aku nk stop coz stiap kali aku mnaip atau mnulis confirm tgn aku nie sakit....nanti ku update lgi pasal tgn aku nie..n k'putusan xray die...(2 pun kalu aku gi klinik...hehehe...)..doakn untuk aku k....doakn tgn aku nie x serius k....daaa..... 

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...