Monday, March 14, 2011

Nightmare

Bermimpi dipinang anak raja...anak raja tau,anak kerabat diraja..
bukan anak Rajagopal atau anak Rajakumari..
memang seronok,bukan setakat seronok tapi seronok gila..gila punya seronok..
tapi tu kira bermimpi di siang hari la kan..
apakah kau ni tidur siang pun mimpi ke?
tidur tak baca doa la ni.. 
jangan nak berangan la anak raja nak minang kau kan Nurul...
bukan setakat anak raja, anak bodyguard raja pun belum tentu kau boleh dapat kan kan..

Tapi sumpah memang best kalau mimpi anak raja datang meminang..
lagi best kalau anak raja tu datang meminang betul-betul kan...
confirm terbang sampai langit ke tujuh..
rasa macam bulan jatuh ke riba pun ada,belepop bunyi bulan jatuh..wah teruja aku...
bulan jatuh atas riba..sudah jangan nak merepek kau Nurul...
istighfar bebanyak, kalau dah sampai bulan jatuh ke riba tu kira dah nak kiamat la kan..
bertaubat la kau bebanyak...

Tu pepatah je la,pepatah..pepatah tu adalah perumpamaan..
perumpamaan tu adalah pepatah.....apakah budak ni merepek yang tah ape-ape...
Berbalik pada cerita mimpi...orang kata,orang yang kata bukan aku yang kata ok..
diulangi sekali lagi aku tak kata..jangan nak tuduh-tuduh aku pulak yang kata...
tak baik tuduh-tuduh tanpa bukti ni..
mimpi tu mainan tidur...terconfius aku macam mana pulak tidur boleh bermain...

Mimpi mainan tidur..memang betul tapi tu pun kalau kau mimpi yang macam atas tadi..
atau yang sama waktu dengannya la kan..
mimpi anak raja datang meminang kau..sebab bagi aku tu bukan mimpi tapi berangan..
berangan sampai terberjangkit pulak dalam tidur..
Tapi kadang-kadang mimpi jugak membawa maksud tertentu.. 
Contohnya kalau kau mimpi ular...tu ada kaitan dengan sihir..
kau jangan pulak la nak perasan ada orang nak melamar kau ke ape..
kalau kau dah jadi suami/isteri orang pas tu mimpi ular..takkan la orang nak melamar kau kan..
hilang akal ke ape?

Atau pun kau mimpi gigi  patah..tu petanda yang kau akan dapat berita kematian..
tapi jangan pulak kau fikir gigi tu patah pas tu nanti tumbuh gigi emas ke perak ke diamond ke zamrud ke muriara ke blablabal.....
kahkahkah(tak kelakar pun lawak ni)..tapi kalau kau terfikir gak cam tu...aku rasa otak kau dah jahanam..ceh kasarnya bahasa...


Tapi macam mana pulak kalau kau mimpi dalam badan someone yang kau kenal keluar beras...
beras yang sangat la banyak..berjuta-juta lemon la..kira boleh la kalau nak buat kenduri panggil orang kampung datang makan pas tu pekene pulak dengan lauk daging masak beriani atau ayam masak kurma peh menyelerakan..meleleh air liur,lapar pulak aku dibuatnya..tapi masalahnya kau tak leh nak ambik beras tu buat masak sebab beras tu bukan nya beras yang macam kau beli kat supermarket tanpa bendasing..
Beras tu ada tanda-tanda merah..ala macam kau ujala kan baju tapi colour tak sekata(campok)..
camne jadinya baju tu..beras tu pun cam tu la...


Bagi aku kalau ianya setakat mimpi yang mainan tidur tadi tu ok la..tapi kalau ada petanda tertentu camne?
kalau petanda baik bersyukur sangat la kan..ye la mana tau nak dapat rezeki yang berlipat ganda..
dapat duit berbillion-billion ke naik pangkat ke dapat rumah macam istana ke tapi tak nak la istana takeshi tu nak buat ape..buat sakit urat saraf je..memang bersyukur sangat-sangat la...kalau tak bersyukur memang la kau ni jenis yang ______ ..pandai-pandai kau la nak kata ape..
tapi kalau petanda buruk..astaghfirullah mintak dijauhkan la..jauhkan la daripada perkara-perkara buruk..jauhkan la daripada apa-apa bencana sama ada pada diri sendiri atau sanak saudara..lindungi la hamba-MU..



*jangan lupa baca doa sebelum tidur ok



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...