Monday, February 13, 2017

Jelajah Kota Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Hari kedua diteruskan. First kena lah breakfast dulu ye tak?dan macam biasa bila time makan memang tak berkesempatan nak snap pic. Kerananya terlalu menikmati kesedapan makanan yang disediakan.

Sebaik saja breakfast, penjelajahan kami bermula. Destinasi pertama yang dituju adalah Rumah Sulaman Hajah Rosma yang terletak di jalan Bukit Tinggi ke Payakumbah. Hajah Rosma terkenal sebagai perintis sulaman dan turut melatih remaja yang berminat untuk mempelajari ilmu sulaman.





Perjalanan diteruskan menuju ke Istano Basa Pagaruyung. Ketika dalam perjalanan berkenaan, tour guide kami singgah di Kedai Kopi Kiniko dan di situ juga terdapat tempat memproses kopi keluaran mereka. Sepintas lalu meninjau tempat pemprosesan, kami bergerak ke kedai untuk menikmati kopi yang disediakan. Jangan risau bagi yang tak minum kopi macam saya sebabnya ada juga minuman lain yang disediakan tapi bukan free. Dah request minuman lain pandai-pandai la bayar ye. Kami bukan saja disajikan dengan kopi percuma tetapi turut menikmati hembusan angin dingin yang menyegarkan.

pemandangan menuju Kedai Kopi Kiniko

sejuk dan nyaman
Dah menikmati minuman panas, kami terus bergerak ke Istano Basa Pagaruyung. Destinasi wajib bila berkunjung ke Bukit Tinggi.Waktu ke sini cuaca agak terik sedikit. Tempatnya Subhanallah cantik. Besar dan dikelilingi kehijauan bukit. Terlintas juga difikiran "seronok agaknya kalau menetap disini" tapi walau cantik mana pun tempat tu haruslah tanah air sendiri juga dihati.

Istana versi terbaru selepas kebakaran 2007









Next destination, teroka Lobang Jepang. Tapi sebelum tu, perut harus diisi. Tempat makan kami adalah di Rumah Makan Pondok Flora. Terletak di tepi sawah padi dan di atas kolam ikan. Tarikan dirumah makan ni selain daripada pemandangan sawah padi dan kolam ikan, ada juga burung hantu dan juga monyet. Tapi tarikan bagi rombongan kami dah tentu la makanannya. Tak dihirau binatang-binatang yang ada.

pemandangan menuju RM Pondok Flora

ternakan yang diberi makan lebihan makanan pelanggan





Selesai menjamu selera, rombongan kami bergerak ke Lobang Jepang. Mulanya agak seram juga nak masuk dalam terowong tu. Ye la tinggalan zaman pemerintahan Jepun yang kita sedia maklum dengan kekejamannya. Tapi rugi la kan dah ada peluang tapi tak digunakan. Belum tentu peluang akan datang lagi. Dalam ni setiap rombongan akan ada guidenya. Kami dapat guide yang agak sporting tapi berumur. Asyik la minta kami posing untuk bergambar. Permulaannya kami layan juga la tapi lelama "takpa la pakcik..tak nak". Sebelum keluar terowong bagi la sikit tips untuk guide ni ye. Itu je la sumber pendapatan mereka.


Ngarai Sianok





pintu masuk

Terakhir untuk petang tu, membeli belah di Pasar Atas. Sakan memasing konon-konon nak menghabiskan duit tapi cuaca tak berapa baik. Terbantut sikit hasrat nak bershopping sakan sebab hujan lebat. Belah malam pula, pergi dinner dan sambung melepak di Jam Gadang cari survenior untuk member-member. Balik hotel packing barang nak balik ke Pekan Padang dan charge tenaga untuk keesokan harinya.

Saturday, February 11, 2017

Alkisahnya ....


ni cerita bulan Oktober tahun lepas. Planning pun macam tiba-tiba je bila seorang kakak senior ajak pergi ke Bandung. Maka seharusnya saya dan juga partner (Kak Ita) beria-ia. Tapi kesudahannya yang mengajak tidak lah kemana-kemana dan kami je yang bersuka-ria. Kekononnya nak pergi berempat dengan kakak tu dan bestfriend dia. Tapi bila dia dah tak jadi nak pergi, kami pakat-pakat ubah tempat dari Bandung ke Padang - Bukit Tinggi.


best partner and ala-ala partner in crime..walaupun hakikatnya cramp ada lah :) 

Daripada berempat cadangnya, lapan orang sekali berangkat pergi. Kak Ita siap bawa saudara-mara lagi join trip ni. Memula dia nak bawa mak dengan adik je dan bila maknya bercerita dengan anak buah terus diorang pun nak join sama. On je la kan, the more the merrier, tak gitu?

So 14 Oktober tu, tepat jam 7.55pagi  kami dah pun selamat menaiki pesawat "now everyone can fly". Tak sampai 1jam flight dah mendarat.Time dalam flight ni huru hara nak isi form.3-4kali panggil stewardess minta form, sudahnya nak dekat touch down baru dapat form. Dengan pantas isi form, tulisan pun dah macam apa je. Check out dan terus cari tour guide.Muda lagi you "tour guide"nya, kitorang diminta panggil namanya "Zal" saja. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi tu kitorang minta Zal singgah kedai untuk sarapan. Bawa mak-mak kena utamakan diorang, tak kan nak dibiarkan kelaparan. Kalau yang muda-muda ni boleh la kot tahan sampai tengahari baru makan. Warga emas jangan buat camtu ya. Kena bagi diorang breakfast untuk tenaga.


menunggu gate dibuka


Destinasi pertama disinggahi dalam perjalanan ke Bukit Tinggi tu Air Terjun Lembah Anai. Lokasi air terjun betul-betul tepi jalan. Zal bagitahu kalau nak awet muda, cuci muka dengan air terjun tiga kali tapi tak payah susah-susah tadah air pun tempias dia dah buat kitorang basah.


ahli rombongan



Air Terjun Lembah Anai

Dah menyegarkan diri dengan tempias air terjun terus ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang. Orang boleh tahan ramai dengan hujan renyai2. Dengar informasi sekejap lepas  tu beratur nak try baju pengantin Minang. Walaupun aksesori nya tak macam dulu tapi tetap juga rasa berat.



kakak informer






Trip kali ni bab makan kitorang memang takda masa nak snap-snap gambar der. Sebabnya makannya sangatlah sedap. Sampai je makanan terus serbu, bila dah licin pinggan baru teringat nak snap gambar. Tapi dah licinkan, ambil gambar pun tak guna. Perjalanan mendaki ke Bukit Tinggi tu ada la singgah 2-3 kedai. Kain diorang cantik-cantik, yang jenis rambang mata tu confirm berplastik-plastik bawa bila keluar kedai.

Sampai Bukit Tinggi terus check in hotel. Hotelnya kira ok la, selesa juga cuma tak mesra untuk warga emas yang sakit-sakit lutut ke kaki ke sebabnya takda lift. So terpaksa memanjat tangga tapi nasib baik hotelnya tak tinggi sangat. Cuma 3tingkat sahaja dan kitorang dapat tingkat pertama. Malamnya pula melepak dekat pekannya yang popular dengan jam zaman Belanda. Dekat situ boleh pula terjumpa geng seangkatan. Lebih kurang 2jam melepak, balik hotel rehatkan diri. Kumpul semula tenaga untuk besok. Tak perlu kipas, aircond segala sebab sejuk semulajadi.


jam yang dibina zaman pemerintahan Belanda



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...