Tuesday, August 13, 2013

Open Table Di Seoul Garden

Sekejap saja rasanya masa berlalu. Sekarang dah pon 6 Syawal, masa memang bergerak pantas sekarang ni. Bulan Jun yang lepas, aku telah diberi satu anugerah yang sangat bermakna sepanjang hampir 4 tahun aku berkhidmat sebagai kakitangan awam *entry ni* . Perasaan! ofcoz aku terharu dan bangga sangat, bukan setakat aku saja, rasanya semua orang pon sama kot. Mahunya tak bangga dan terharu, setelah berpenat lelah bekerja akhirnya usaha kita dihargai.

So sebagai meraikan rezeki yang Allah bagi, aku kongsikan wang saguhati yang aku dapat dengan family. Memang saja aku tunggu bulan Syawal sebabnya time ni lah baru semua adik beradik ada. Tapi sebenarnya adik beradik aku takda la duduk jauh sangat pon cuma tunggu kakak ipar dengan anak buah je. Diorang duduk Kedah so dah kalau nak celebrate dengan family makan haruslah tunggu diorang sekali.

Jadinya Ahad yang lepas, lock pintu rumah tutup tingkap semua tak payah bagi orang datang. Kami satu family termasuk dengan family busu pergi serbu Mahkota Parade. Kami celebrate di Seoul Garden Restaurant. Mari kita merasa makanan korea supaya konon-kononnya lepas ni boleh la berjodoh dengan  Kyu Hyun SuJu tu kan *juling mata ke atas*. Ini first time aku try makan dekat restoran Korea, biasa pergi makan dekat OldTown dengan Johnny's je. Nasib mak tak jakun nyah.


lima meja sekali i booking...dari depan sampai hujung family kitorang je..








sedap wooo satay ayam ni...i tambah berkali-kali okey...












orang paling lambat habis makan..;-)


budak tak boleh pakai...ada makan nasi dengan ayam goreng..dekat rumah pon ada...



Kimchi....not bad la rasanya.

Kesimpulannya tak rugi kalau korang semua nak cuba makan dekat sini. Apa yang boleh aku kongsikan, bagi warga emas akan dapat potongan harga manakala kanak-kanak pula ada had ketinggian. Bawah 130cm rasanya FOC ok. Boleh google untuk cari maklumat ya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...