Monday, October 20, 2014

Misi Khas

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk bulan Oktober, makanya bermula misi mencari hadiah untuk boss yang nak bersara bulan depan. Rumit juga nak pilih hadiah untuk orang bukan islam ni pada aku. Nak bagi baju batik sah-sah la dah pencen memang tak pakai. Nak bagi frame, frame apa yang nak dibelikan. Cikgu-cikgu ni lagi bagus, pergi tanya boss nak apa. Takut bila beli dia tak guna, membazir je la kan.Itu pon boss tak respon lagi. Boss aku ni bukannya jenis yang kaki shopping @ berbelanja. Aku rasa dia cuma beli barang dapur je kot. Pernahlah dia cakap dengan aku "saya tak pergi check pon gaji saya dah masuk ke belum and dapat berapa". Cuba kalau aku tipu gaji dia, sampai pencen dia tak tahu terima je. Tapi nasiblah aku bukan jenis macam tu.

So berbalik kepada nak cari hadiah. Hari Khamis ni insha Allah akan aku usahakan untuk cari hadiah yang boleh dia gunakan. Dan semestinya akan memerlukan khidmat perunding aku. Harap-harap misi berjayalah, kalau tidak jenuh nak kena pergi lagi mencari hadiahnya. Dahlah aku ni orangnya rajin sangat nak berjalan-jalan ni.

Sunday, September 21, 2014

Bangau Yang Terbang Jauh

Assalamualaikum

Hati tersentuh dan kecewa.Otak bercelaru dan tak menentu.Telah banyak air mata yang mengalir namun tidak terubati.Saya ingin pergi jauh.Namun apa yang perlu saya lakukan.Apakah saya perlukan percutian.Meninggalkan semuanya buat sementara dan kemudian menghadapinya semula.Atau adakah saya perlukan penghijrahan dan meninggalkan semuanya buat selamanya.Tapi sampai bila?kerana sejauh mana pon sang bangau terbang akhirnya kembali di belakang sang kerbau.

posted from Bloggeroid

Saturday, September 20, 2014

Kena Tukar Boss

Assalamualaikum

Tahun ni adalah tahun keenam aku menjadi seorang pekerja. Dalam tempoh enam tahun tu baru 2 orang bos je yang aku pernah memberi khidmat. Orang lain ada yang hampir tiap-tiap tahun tukar bos tapi aku tak.

Bos yang pertama perempuan. Agak cerewet dan susah nak mendengar pandangan  orang lain. Kurang bergaul dengan staff. Banyak buat hal sendiri dan suka bertapa dalam office dia.Selalu juga aku minta tukar. Pertama sebab boleh tahun juga jauhnya dari rumah and kedua sebab stress. Tapi tak lah aku tulis dalam borang tukar camtu. Setahun lebih dekat sini lepas tu dia dapat tukar. Tarik nafas panjang aku. Bersyukur tapi masih risau. Takut-takut bos baru ni lagi cerewet.

Dapat bos baru pula lelaki. Daripada raut wajah nampak baik dan memang betul pon baik. Sangat hormat orang lain walaupon staff bawahan.  Ucap selamat pagi sambil tundukkan kepala stail orang Jepun. Mula-mula aku confius juga kenapa bos aku macam tu. And dia bagitau yang dia rasa hormat dekat semua orang sebab bantu dia even orang tu cleaner. Bos yang ni memang best, peramah and baik hati. Dah kira macam bapa angkat pula coz selalu bagi aku nasihat.

Tapi sedihnya hujung tahun ni dia dah nak bersara. Bersara wajib and dia sebenarnya dah tak sabar-sabar nak bersara. selalu cakap dekat aku yang dia sentiasa kira berapa hari lagi nak bersara. Sedihnya la hai tapi dah nak bersara kan. So nak kata apa lagi. Harap-harap bos yang akan gantikan dia ni pon baik juga. Kalau tak sangat baik macam dia pon sekurang-kurangnya baiklah juga. Takda la aku stress nak minta tukar nanti. Perjalanan jauh pon aku tak kisah kalau bos nya baik.

Thursday, September 18, 2014

Dekat Dimata Jauh Difikiran

Assalamualaikum

Tahun ni adalah tahun yang penuh dugaan buat negara tercinta kita. Berbagai peristiwa yang berlaku terutamanya insiden pesawat MAS yang menuntut kita berfikir dan merenung sejenak kepada apa yang berlaku. Insiden ni bagi aku menuntut kita sebagai rakyat Malaysia untuk menunjukkan penyatuan. Disaat kita ditimpa dengan dugaan, adalah juga segelintir yang asyik menghentam.

Tapi itu adalah dugaan negara. Dugaan untuk aku pula adalah masalah kewangan. Masalah global aku fikir. Tahun ni macam-macam yang perlu aku ambil berat. Dengan kereta yang banyak guna duit, memenuhi keperluan dan kehendak ditambah lagi kena tipu dengan member. Tapi acara liburan tahunan adalah wajib.Seperti biasa pergi bersama teman berlibur.

Disebabkan dana yang tak berapa nak banyak so mampu pergi yang dekat-dekat saja. Tempat yang sangat dekat tapi tak pernah terlintas difikiran dan hati untuk pergi, Port Dickson. Sangatlah tidak gempak rasanya bercuti di PD sehingga nak mengkhabarkan berita gembira kepada seisi rumah pon rasa macam mahu disumbat muka ke dalam poket, hahahahahaha.  Memang selama ni tak pernah terfikir pon nak pergi bercuti dekat PD melainkan kalau orang lain yang decided. Selama ni ingat apa saja lah yang ada dekat PD melainkan laut. Bila dah sampai sana baru "Oh!ada tu rupanya, ada ni rupanya".

Seperti biasa, percutian adalah bersama bff yang tak boleh terpisah, Kak Ita. Sampai je hotel dalam pukul 3.30ptg, check-in dan settlekan seruan alam terus gerak pergi rumah sepupu Kak Ita. Bukan main lama lepak dekat sana, borak-borak sampai tak sedar dah pukul 6 lebih.Malamnya pula pergi jumpa adik angkat Kak Ita yang baru balik dari Lubnan and dapatlah juga survenirs daripada sana.


minyak wangi dia sangat wangi..

Hari kedua kitorang ke Ostrich Farm. Yuran masuk RM30/person, itu kitorang beli melalui Group On. Sangat murah. Dekat Ostrich Farm tu ada macam-macam aktiviti selain keliling farm tengok ostrich. Bukan ostrich je yang ada, ada lagi lebih kurang 10 jenis binatang. Kira macam mini zoo. Tengok binatang bukan keutamaan kitorang, sebenarnya lebih teruja nak naik ATV. First time cuba.


breakfast dulu..jana energy


Harry The Legend

Kami orang pertama yang sampai. Buka 9.30 pagi tapi 15minit sebelum tu kitorang dah terpacak dekat situ. Buka je terus masuk and masuk-masuk nampak kambing tu. Rileks je tertenggek atas kayu tu.Macam abang kawasan perhatikan anak buah buat kerja.

Habis keliling farm terus ke tempat ATV. Extreme Jungle Park namadia and dekat je dengan farm. Orang pertama sampai so layanan dia pon istimewa lah sikit. Waktu sampai pekerja-pekerja dekat situ tengah bersih-bersihkan kawasan and baru nak keluarkan peralatan. Sementara diorang nak set-up perkakasan, kitorang pergi tengok dinosaur. Biasa-biasa je, cuma patung dinosaur je pon. Test main archery, daripada banyak anak panah yang disediakan cuma 3-4 je yang kena dekat target. Lain semua ke laut. Main sumpit lagi tak boleh blah, satu pon tak kena. Jawabnya kalau duduk dalam hutan memang susah lah nak hidup. Hahahahaha.














John Dragon..nama kau tak hagak-hagak ye iguana oii













Staff-staff ATV semaunya peramah..ada 3orang staff cuma yang ni je suka selfie..


Habis dekat situ, kitorang gerak balik. Tunggu Mia and family dia lambat sangat. So balik resort dulu, tidur ke apa yang patut. Sampai resort tak boleh nak masuk bilik pula. Access pintu tak berfungsi. Dah la masing-masing rasa nak terkucil.Hahahahahaaha. Sementara nak tunggu technicion dia sampai bergambar dulu. tidur sekejap sementara tunggu Mia sampai. Nak bawa anak dia pergi pantai. Pengalaman pertama baby Hanania ke pantai.


terpaksa buang kasut tu coz tapak tertanggal pula..nasib ada kasut lebih..

resort kami dibelakang tu

Hanania mandi pantai..aunty nurul feeling2 Datin Norjuma dekat tepi pantai..

Besoknya ingat lepas breakfast nak mandi laut, sekali hujan lah pula. So membuta je lah dalam bilik menunggu time check out pukul 12tengahari. So tahun ni bercuti ke PD sahaja. Tahun depan tak tahu lagi nak kemana.

Thursday, August 14, 2014

Raya Sederhana

Assalamualaikum...

Disebabkan tajuk dah sederhana makanya entry dan gambarnya juga adalah sederhana. Ini lah raya aku tahun ni.Gambar yang ada ni cuma pada hari raya pertama saja. Lepas-lepas tu malas dah nak upload.







anak dara je yang beraya dengan mak ayah

sepupu yang tetiba baju boleh terlebih kurang sama pula



family tak berapa nak besar saya

Friday, May 16, 2014

Majlis Alumni SMKIS 2001

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku buka album lama. Belek punya belek terjumpa gambar zaman sekolah, terus teringat member-member seangkatan. Tak sangka betul dah 11tahun tinggalkan zaman persekolahan. Ada juga member-member yang habis form 5 tu terus tak jumpa and sorang dua je yang masuk form 6 sesama dengan aku.

Nak dijadikan cerita, ada lah sorang member ni yang rajin sangat buat group "SMKIS Batch 2001" dekat whatsapp. Bermula daripada group tu la tercetusnya idea nak buat reunion.Aku pula cuma jadi orang yang datang bawa body je. Tak terlibat indirect untuk persiapan reunion ni. Lagi-lagi buat dekat luar Melaka. Seperti yang dipersetujui, reunion tu buat 3&4 Mei lepas dekat Seri Bulan Kondominium, Port Dickson.


Kad Jemputan dah macam kad kahwin
T-shirt rasmi Majlis Alumni....yang penting my fevret colour

Check-in 3 Mei jam 2.00ptg. Lepas maghrib tu kitorang ada buat majlis tahlil dan bacaan yassin. Tengah malam sikit ada bbq and karaoke. Memasing semua bukan main lagi menyanyi. Lepas gian dah lama tak nyanyi katanya. Ada juga sambutan hari lahir coz ada sorang member tu birthday dia 4 Mei.

doa untuk kesejahteraan semua



bacaan yasin untuk ibubapa & rakan-rakan kami yang telah pergi




Habis bacaan yasin tu, sambung pula bbq dengan karaoke. Duduk bersembang sampai tak sedar dah hampir 2pagi. Masing-masing berkaraoke bagai nak rak. Tergelak je aku sepanjang malam tu. Bila masuk bilik tak boleh nak lelap pula. Pusing kiri pusing kanan tau2 dah pukul 6pagi. Bila dah 6pagi tu bangun je la coz program seterusnya start pukul 7.30 pagi. Dah siap mandi solat semua keluar bilik sorang pon tak bangun lagi. Sudahnya pagi tu program start jam8.30 pagi.






kek sambutan hari lahir

sukaneka kanak-kanak


senamrobik diawal pagi

selfie adalah wajib











abang-abang cantik kitorang






























salah satu souvenir


close-up sikit

Ok cukup, aku dah malas nak taip and upload gambar. Baru nak upload video sekali tak lepas-lepas pula. So jumpa di next entry yang entah bila-bila.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...