Monday, October 20, 2014

Misi Khas

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk bulan Oktober, makanya bermula misi mencari hadiah untuk boss yang nak bersara bulan depan. Rumit juga nak pilih hadiah untuk orang bukan islam ni pada aku. Nak bagi baju batik sah-sah la dah pencen memang tak pakai. Nak bagi frame, frame apa yang nak dibelikan. Cikgu-cikgu ni lagi bagus, pergi tanya boss nak apa. Takut bila beli dia tak guna, membazir je la kan.Itu pon boss tak respon lagi. Boss aku ni bukannya jenis yang kaki shopping @ berbelanja. Aku rasa dia cuma beli barang dapur je kot. Pernahlah dia cakap dengan aku "saya tak pergi check pon gaji saya dah masuk ke belum and dapat berapa". Cuba kalau aku tipu gaji dia, sampai pencen dia tak tahu terima je. Tapi nasiblah aku bukan jenis macam tu.

So berbalik kepada nak cari hadiah. Hari Khamis ni insha Allah akan aku usahakan untuk cari hadiah yang boleh dia gunakan. Dan semestinya akan memerlukan khidmat perunding aku. Harap-harap misi berjayalah, kalau tidak jenuh nak kena pergi lagi mencari hadiahnya. Dahlah aku ni orangnya rajin sangat nak berjalan-jalan ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...