Wednesday, April 2, 2014

Rahsia Allah

Assalamualaikum...

Dear blog,
Lama gila lah aku tak jengah blog ni.Busy yang amat.Busy kan apa pon tak ketahuan.Permulaan tahun 2014 ni macam tak sempat ke nak survey2 internet ni.Hadap kerja je lah sepanjang 3 bulan ni.Lepas satu-satu kerja datang tapi itu lumrah pada seorang yang mananya pekerja.

Seperti biasa awal tahun memang busy.Macam-macam  benda nak kena update and setting semula.Selesai kerja awal tahun dapat pula surat audit kewangan.Selesai audit kena pula pemantauan daripada KPM.Macam robot semua orang buat kerja.Almaklum pemantauan luar biasa KPM ni memang first time kena.

Lupakan je semua kerja yang dah selesai tu.Sekarang ni nak cerita benda lain tapi ada kaitan dengan kerja.aku berharap sangat untuk tahun 2013 aku akan dapat audit kewangan baik.Rasanya macam-macam kekurangan dah aku perbetulkan dan harapan aku untuk itu memang tinggi.Tapi sedihnya aku tak dapat apa yang aku harap.Semangat memang down sangat nak manage kewangan.Sampai pernah terkeluar ayat daripada mulut ni "lantaklah apa pon nak jadi lepas ni,malas nak fikir".Memang frust sangat.

Tapi rahsia Allah tak siapa tahu.Dia gantikan kekecewaan tu dengan sesuatu yang lebih baik.Sesuatu yang aku, malah semua staf tak sangka.Pemantauan luar biasa KPM yang kami tak sandarkan apa-apa harapan untuk mendapat penghargaan itulah yang berhasil.Terima kasih Allah kerana memberikan nikmat ini.Betullah kita sebagai hamba tidak mengetahui perancangan Allah.Sesungguhnya Rancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...