Friday, May 16, 2014

Majlis Alumni SMKIS 2001

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku buka album lama. Belek punya belek terjumpa gambar zaman sekolah, terus teringat member-member seangkatan. Tak sangka betul dah 11tahun tinggalkan zaman persekolahan. Ada juga member-member yang habis form 5 tu terus tak jumpa and sorang dua je yang masuk form 6 sesama dengan aku.

Nak dijadikan cerita, ada lah sorang member ni yang rajin sangat buat group "SMKIS Batch 2001" dekat whatsapp. Bermula daripada group tu la tercetusnya idea nak buat reunion.Aku pula cuma jadi orang yang datang bawa body je. Tak terlibat indirect untuk persiapan reunion ni. Lagi-lagi buat dekat luar Melaka. Seperti yang dipersetujui, reunion tu buat 3&4 Mei lepas dekat Seri Bulan Kondominium, Port Dickson.


Kad Jemputan dah macam kad kahwin
T-shirt rasmi Majlis Alumni....yang penting my fevret colour

Check-in 3 Mei jam 2.00ptg. Lepas maghrib tu kitorang ada buat majlis tahlil dan bacaan yassin. Tengah malam sikit ada bbq and karaoke. Memasing semua bukan main lagi menyanyi. Lepas gian dah lama tak nyanyi katanya. Ada juga sambutan hari lahir coz ada sorang member tu birthday dia 4 Mei.

doa untuk kesejahteraan semua



bacaan yasin untuk ibubapa & rakan-rakan kami yang telah pergi




Habis bacaan yasin tu, sambung pula bbq dengan karaoke. Duduk bersembang sampai tak sedar dah hampir 2pagi. Masing-masing berkaraoke bagai nak rak. Tergelak je aku sepanjang malam tu. Bila masuk bilik tak boleh nak lelap pula. Pusing kiri pusing kanan tau2 dah pukul 6pagi. Bila dah 6pagi tu bangun je la coz program seterusnya start pukul 7.30 pagi. Dah siap mandi solat semua keluar bilik sorang pon tak bangun lagi. Sudahnya pagi tu program start jam8.30 pagi.






kek sambutan hari lahir

sukaneka kanak-kanak


senamrobik diawal pagi

selfie adalah wajib











abang-abang cantik kitorang






























salah satu souvenir


close-up sikit

Ok cukup, aku dah malas nak taip and upload gambar. Baru nak upload video sekali tak lepas-lepas pula. So jumpa di next entry yang entah bila-bila.







Wednesday, April 2, 2014

Rahsia Allah

Assalamualaikum...

Dear blog,
Lama gila lah aku tak jengah blog ni.Busy yang amat.Busy kan apa pon tak ketahuan.Permulaan tahun 2014 ni macam tak sempat ke nak survey2 internet ni.Hadap kerja je lah sepanjang 3 bulan ni.Lepas satu-satu kerja datang tapi itu lumrah pada seorang yang mananya pekerja.

Seperti biasa awal tahun memang busy.Macam-macam  benda nak kena update and setting semula.Selesai kerja awal tahun dapat pula surat audit kewangan.Selesai audit kena pula pemantauan daripada KPM.Macam robot semua orang buat kerja.Almaklum pemantauan luar biasa KPM ni memang first time kena.

Lupakan je semua kerja yang dah selesai tu.Sekarang ni nak cerita benda lain tapi ada kaitan dengan kerja.aku berharap sangat untuk tahun 2013 aku akan dapat audit kewangan baik.Rasanya macam-macam kekurangan dah aku perbetulkan dan harapan aku untuk itu memang tinggi.Tapi sedihnya aku tak dapat apa yang aku harap.Semangat memang down sangat nak manage kewangan.Sampai pernah terkeluar ayat daripada mulut ni "lantaklah apa pon nak jadi lepas ni,malas nak fikir".Memang frust sangat.

Tapi rahsia Allah tak siapa tahu.Dia gantikan kekecewaan tu dengan sesuatu yang lebih baik.Sesuatu yang aku, malah semua staf tak sangka.Pemantauan luar biasa KPM yang kami tak sandarkan apa-apa harapan untuk mendapat penghargaan itulah yang berhasil.Terima kasih Allah kerana memberikan nikmat ini.Betullah kita sebagai hamba tidak mengetahui perancangan Allah.Sesungguhnya Rancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Monday, December 2, 2013

Fefeeling Girl Generation

Selain menjadi pengemar kasut, sekarang ni aku dah bertambah menjadi pengemar jam pula. Dua tiga bulan sebelum ni aku ada aimed 2 buah jam. Satu harga dia RM2000++, yang satu lagi lebih kurang RM350 camtu.

Tapi aku confirm yang RM2000++ tu memang susahlah aku nak dapat. Kena kumpul duit bertahun baru dapat yang tu. So, Sabtu lepas aku pergi City Chain JJ. Niat asal nak beli yang aku berkenan harga RM350 tu, tapi dah takda. Hati dah rasa kecewa dah tapi tetap juga nak beli jam baru. Aku beria-ia nak beli jam ni bukan apa. Setiap tahun time raya  dan nak bercuti , bos aku akan bagi angpow. So duit yang dia bagi tu aku kumpulkan dan jadikan barang.  Daripada duit tu habis tak tahu kemana kan. Aku planned nak beli jam lah guna duit tu.

Disebabkan jam yang berkenan tu dah takda, kenalah cari jam lain. Banyak juga yang cantik-cantik. Tapi disebabkan aku nak beli warna putih, so survey yang warna tu je lah. And akhirnya aku beli jam ni..



Baby-G Casio dan yang paling bestnya, kumpulan Girl Generation pon pakai jam ni. So hari ni kali pertama aku pakai. Tetiba rasa macam awesome+glamour+ayu gitu. Fefeeling macam Girl Generation sangat. Terus rasa nak menyanyi sambil menari lagu GEE. Nak pergi kerja pon rasa bersemangat je. Mungkin aura Girl Generation dah meresap kot. Tu yang bersemangat je. And yang paling pentingnya, setiap kali aku pakai jam ni mesti akan teringat dekat my boss. Nak-nak pula dia dah nak bersara tahun depan. Lagi teringat-ingat dekat dia nanti.


mood:sedih bila teringat boss dah nak bersara..coz dia baik sangat..bukan sebab dia bagi aku duit..tapi dia memang seorang yang baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...