Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Jelajah Kota Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Hari kedua diteruskan. First kena lah breakfast dulu ye tak?dan macam biasa bila time makan memang tak berkesempatan nak snap pic. Kerananya terlalu menikmati kesedapan makanan yang disediakan.

Sebaik saja breakfast, penjelajahan kami bermula. Destinasi pertama yang dituju adalah Rumah Sulaman Hajah Rosma yang terletak di jalan Bukit Tinggi ke Payakumbah. Hajah Rosma terkenal sebagai perintis sulaman dan turut melatih remaja yang berminat untuk mempelajari ilmu sulaman.





Perjalanan diteruskan menuju ke Istano Basa Pagaruyung. Ketika dalam perjalanan berkenaan, tour guide kami singgah di Kedai Kopi Kiniko dan di situ juga terdapat tempat memproses kopi keluaran mereka. Sepintas lalu meninjau tempat pemprosesan, kami bergerak ke kedai untuk menikmati kopi yang disediakan. Jangan risau bagi yang tak minum kopi macam saya sebabnya ada juga minuman lain yang disediakan tapi bukan free. Dah request minuman lain pandai-pandai la bayar ye. Kami bukan saja disajikan dengan kopi percuma tetapi turut menikmati hembusan angin dingin yang menyegarkan.

pemandangan menuju Kedai Kopi Kiniko

sejuk dan nyaman
Dah menikmati minuman panas, kami terus bergerak ke Istano Basa Pagaruyung. Destinasi wajib bila berkunjung ke Bukit Tinggi.Waktu ke sini cuaca agak terik sedikit. Tempatnya Subhanallah cantik. Besar dan dikelilingi kehijauan bukit. Terlintas juga difikiran "seronok agaknya kalau menetap disini" tapi walau cantik mana pun tempat tu haruslah tanah air sendiri juga dihati.

Istana versi terbaru selepas kebakaran 2007









Next destination, teroka Lobang Jepang. Tapi sebelum tu, perut harus diisi. Tempat makan kami adalah di Rumah Makan Pondok Flora. Terletak di tepi sawah padi dan di atas kolam ikan. Tarikan dirumah makan ni selain daripada pemandangan sawah padi dan kolam ikan, ada juga burung hantu dan juga monyet. Tapi tarikan bagi rombongan kami dah tentu la makanannya. Tak dihirau binatang-binatang yang ada.

pemandangan menuju RM Pondok Flora

ternakan yang diberi makan lebihan makanan pelanggan





Selesai menjamu selera, rombongan kami bergerak ke Lobang Jepang. Mulanya agak seram juga nak masuk dalam terowong tu. Ye la tinggalan zaman pemerintahan Jepun yang kita sedia maklum dengan kekejamannya. Tapi rugi la kan dah ada peluang tapi tak digunakan. Belum tentu peluang akan datang lagi. Dalam ni setiap rombongan akan ada guidenya. Kami dapat guide yang agak sporting tapi berumur. Asyik la minta kami posing untuk bergambar. Permulaannya kami layan juga la tapi lelama "takpa la pakcik..tak nak". Sebelum keluar terowong bagi la sikit tips untuk guide ni ye. Itu je la sumber pendapatan mereka.


Ngarai Sianok





pintu masuk

Terakhir untuk petang tu, membeli belah di Pasar Atas. Sakan memasing konon-konon nak menghabiskan duit tapi cuaca tak berapa baik. Terbantut sikit hasrat nak bershopping sakan sebab hujan lebat. Belah malam pula, pergi dinner dan sambung melepak di Jam Gadang cari survenior untuk member-member. Balik hotel packing barang nak balik ke Pekan Padang dan charge tenaga untuk keesokan harinya.

Saturday, February 11, 2017

Alkisahnya ....


ni cerita bulan Oktober tahun lepas. Planning pun macam tiba-tiba je bila seorang kakak senior ajak pergi ke Bandung. Maka seharusnya saya dan juga partner (Kak Ita) beria-ia. Tapi kesudahannya yang mengajak tidak lah kemana-kemana dan kami je yang bersuka-ria. Kekononnya nak pergi berempat dengan kakak tu dan bestfriend dia. Tapi bila dia dah tak jadi nak pergi, kami pakat-pakat ubah tempat dari Bandung ke Padang - Bukit Tinggi.


best partner and ala-ala partner in crime..walaupun hakikatnya cramp ada lah :) 

Daripada berempat cadangnya, lapan orang sekali berangkat pergi. Kak Ita siap bawa saudara-mara lagi join trip ni. Memula dia nak bawa mak dengan adik je dan bila maknya bercerita dengan anak buah terus diorang pun nak join sama. On je la kan, the more the merrier, tak gitu?

So 14 Oktober tu, tepat jam 7.55pagi  kami dah pun selamat menaiki pesawat "now everyone can fly". Tak sampai 1jam flight dah mendarat.Time dalam flight ni huru hara nak isi form.3-4kali panggil stewardess minta form, sudahnya nak dekat touch down baru dapat form. Dengan pantas isi form, tulisan pun dah macam apa je. Check out dan terus cari tour guide.Muda lagi you "tour guide"nya, kitorang diminta panggil namanya "Zal" saja. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi tu kitorang minta Zal singgah kedai untuk sarapan. Bawa mak-mak kena utamakan diorang, tak kan nak dibiarkan kelaparan. Kalau yang muda-muda ni boleh la kot tahan sampai tengahari baru makan. Warga emas jangan buat camtu ya. Kena bagi diorang breakfast untuk tenaga.


menunggu gate dibuka


Destinasi pertama disinggahi dalam perjalanan ke Bukit Tinggi tu Air Terjun Lembah Anai. Lokasi air terjun betul-betul tepi jalan. Zal bagitahu kalau nak awet muda, cuci muka dengan air terjun tiga kali tapi tak payah susah-susah tadah air pun tempias dia dah buat kitorang basah.


ahli rombongan



Air Terjun Lembah Anai

Dah menyegarkan diri dengan tempias air terjun terus ke Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang. Orang boleh tahan ramai dengan hujan renyai2. Dengar informasi sekejap lepas  tu beratur nak try baju pengantin Minang. Walaupun aksesori nya tak macam dulu tapi tetap juga rasa berat.



kakak informer






Trip kali ni bab makan kitorang memang takda masa nak snap-snap gambar der. Sebabnya makannya sangatlah sedap. Sampai je makanan terus serbu, bila dah licin pinggan baru teringat nak snap gambar. Tapi dah licinkan, ambil gambar pun tak guna. Perjalanan mendaki ke Bukit Tinggi tu ada la singgah 2-3 kedai. Kain diorang cantik-cantik, yang jenis rambang mata tu confirm berplastik-plastik bawa bila keluar kedai.

Sampai Bukit Tinggi terus check in hotel. Hotelnya kira ok la, selesa juga cuma tak mesra untuk warga emas yang sakit-sakit lutut ke kaki ke sebabnya takda lift. So terpaksa memanjat tangga tapi nasib baik hotelnya tak tinggi sangat. Cuma 3tingkat sahaja dan kitorang dapat tingkat pertama. Malamnya pula melepak dekat pekannya yang popular dengan jam zaman Belanda. Dekat situ boleh pula terjumpa geng seangkatan. Lebih kurang 2jam melepak, balik hotel rehatkan diri. Kumpul semula tenaga untuk besok. Tak perlu kipas, aircond segala sebab sejuk semulajadi.


jam yang dibina zaman pemerintahan Belanda



Friday, October 7, 2016

Dah Penghujung Rupanya

Allahu Akbar...
Sekejap sangat rasanya....tahu-tahu 2016 dah sampai suku tahun terakhir.Cepat betul masa berlalu sekarang.Rasanya baru je sambut tahun baru...ni dah nak sampai penghujung.Macam baru je lagi rasa mengah hilang dengan kerja-kerja wajib awal tahun...eh eh dah nak kena hadap lagi.Perasaan yang tak ketahuan nak digambarkan.

Saya teruja bila ketibaan suku terakhir 2016 tapi saya juga merasakan seolah-olah terpaksa terima kehadirannya.Teruja plus terpaksa dan saya tidak tahu mahu memberikan keutamaan yang mana.Perasaan teruja itu hadir bila telah lama tidak kemana-mana akhirnya saya akan membawa diri menikmati keindahan yang terpotret di suatu sudut di pentas dunia (ayat nak gempak saja). Insha Allah jika diizinkan 14/10 saya akan kesana menikmati keindahan, menenangkan jiwa dan menghilangkan serabut dikepala.

ehsan google

Harapnya setelah kembali dari sana perasaan terpaksa saya pudar dan mahu menerima dengan hati terbuka.Dikurniakan semangat yang membara, bersiap sedia menyudahkan kerja-kerja yang tergendala, percaya yang tahun ni bakal berakhir dan pasrah dengan putaran masa.

Monday, October 29, 2012

Third Day Trip Ke Medan

Salam...
Sambung entry untuk ari ketige pulak....ari ketige ni kitorg gerak balik ke Kota Medan...check out sepatutnye kol 9pagi..tapi kitorg sesaje check out awal coz nak jalan2 kat kawasan Hotel Sinabung ni..lupe nak bagitau..dekat ngan hotel ni ade gunung berapi yang masih aktif...jarak bahaya 48km..hotel kitorg pulak 49km...nasib ade lgi 1km jauh die...so rase selamat sikit..kalo tetibedibuatnye  time tu meletus xtau mane kitorg nak lari...







Berastagi nak ke Medan xlah jauh sangat..dalam 2jam kalo xde berhenti mane2...untuk ari ni kitorg gi melawat temple...tempat die mmg luas...ambik mase dalam 2tahun nak siap kan temple ngan taman2 nye sekali...








 Kol 12tengahari singgah makan...pertame kali minum air avokada tambah durian belanda tambah kiwi ngan satu lagi jenis buah lupe...namanye air Rasa-rasa..heaven giler..kalo dapat yang sejuk lagi nikmat tapi aku kan pantang minum ais...siap promote kat 2org mamat Serani kot(geng ke Danau Toba) suh test air tu...sudah makan siap2 bertolak ke Kota Medan..melawat Istana Maimon...istana sultan Deli...

puteri2 Sultan Deli..kononnye

sopan santun sungguh la puteri berdua







tau dek ayahanda kelakuan anakanda berdue sebegini rupe..harus baginda murka...hahahahaah





 Hurmm x sampai 5minit kot aku pakai baju ni dah berkipas2 kepanasan...mcm mane lah agak nye raja2 ni boleh tahan pakai baju pepanas camtu...kalo gini gaya mmg kahwin nanti xde makne nye la aku nak pakai songket...nak2 pulak bersanding tengahari bute..huh jangan harap la..lepas Istana Maimon gerak gi Pasar Ikan...time ni nikmat coz baru la group aku shopping bebetol..waktu tunggu Ajue pilih kain ade la sorg peniage ni tetibe datang kat aku kate aku ade janji nak beli barang die..eh halo bile mase la pulak aku berjanji....lepas orang tu blah,dengar 2-3 orang peniange kat situ cakap orang tadi nak hembus tapi tak jadi..bile dengar je diorg cakap pasal hembus2 ni terus teringat mesti peniage tadi nak pukau aku la tu..nasib baik tak menjadi...pastu shopping tu gi tempah kek lapis,singgah Medan Mall pastu check in hotel...

Kitorg akan stay kat Hotel Grand Antares Medan..dalam kereta nak ke hotel Danu tetibe pulak mintak maaf...ati dah rase cuak ye la mane tau die nak complaint kitorg ke kan..rupe2nye die xpat nak anta kitorg ke airport besok coz die kene naik Danau Toba balik ade tourist..org ofis akan anta..kitorg dah terdiam coz sedih...3 ari tu kitorg ngan die..bercerite gurau2 wat lawak semue dah macam adik beradik kot...tapi nak wat camne kan dah keje die camtu....kitorg sedih and kitorg tau die pon sedih...coz die ade cakap sepanjang die jgi tour guide ni..kitorg group paling happening die penah bawak...and sampai skang kak ita masih lagi keep in touch ngan die...xpe la kan kitorg nak balik dah pon...so rela dalam terpakse..ye la xkan nak sekat rezeki org pulak..

satu2 nye gambar kitorg ngan die...

Berat je rase ati sebenarnye nak say good bye kat die..ingat nak beborak lama ngan die..tapi dah die kene balik ofis cepat so sampai situ je la kitorg berjumpe..harap akan dapat jumpe lagi lain kali...insyaAllah...sambung ari terakhir nanti...



Second Day Trip Ke Medan

Lame bebenao la hai aku ni nk smbung entry ari kedua gi Medan...kitorg stay kt Niagara Hotel..hotel die pehh cantik giler...kat hotel ni boleh nampak Danau Toba yang lagi cantik pemandangan die..tapi kitorg xpat nak tengok coz petang tu hujan...second day ni kitorg akan ke Danau Toba...utk ke Danau Toba tu kitorg akan join ngan group lain..ye la xkan feri besar alih2 kitorg empat org je dalam tu kan..lepas brekfes sementara nak tggu group2 yang lain sudah kitorg bergambar dulu...



Dari jeti nak ke Danau Toba ambik masa lebih kurang 45minit....terpegun aku tengok pemandangan die...kuasa Allah tak siapa boleh nafikan...hasil daripada letusan kawah gunung berapi terbentuk sebuah tasik yang sangat menakjubkan...

ferinya agak merbahaya sikit..kalo ada anak kecik better suh diorg dok diam je



sebahagian drpd pemandangan kat pulau Samosir

Dekat Pulau Samosir ni kitorg akan melawat 2 buah kampung..tapi nama kampung maap la ye akak lupe pulak namanye..bab2 ingat fakta nie mmg takleh harap sikit...tapi yang pasti kampung pertama kitorg dengar citer pasal rumah orang Batak and demonstrasi cara hukuman bagi pesalah..kampung yang kedua pulak citer pasal makam raja2 orang Batak...

rumah orang Batak n tmpt persidangan raja2..kat sini kire mcm mahkamah la..

tmpt hukuman n demonstrasi...yg jdi model tu tour guide kitorg




Kat kampung pertama ni penduduk die extrem sikit...main tarik2 nak suh beli barang diorg...kalo kite tak berhajat nak beli baik jangan nak belek2 barang diorg atau bagi harapan macam nanti dulu eh...jap lagi ke..coz diorg akan cari korang sampai kat atas feri nanti..and memandangkan kitorg lebih kepada nak dengar sejarah diorg so takde sesi singah2 shopping...main jalan menonong je...muka pon sombong giler je kat situ...bukan ape rimas ok orang paksa2 suh beli barang ni...



Kitorg group pertama yang sampai kat feri..menepati masa hokey kitorg ni...Pak Ramoon(tour guide group lain) bagi kitorg mse smapai kol 10pagi untuk beli barang..tapi kitorg kol 9.35 dah ade kat feri...sementare group yang lain membeli belah kitorg ambik ape lagi berangan le...

kitorg naik Airasia tu hah...



Time ni mmg aku hangin ngan ade sorg hakak tu yang kekonon feeling retis...dah la gi tempat2 camtu boleh pulak ko ngan boot tumit tinggi rantai bling2 bagai..ingat pegi USS ke hape..kalo USS nak pakai camtu no wonder la kan....bagi mase sampai kol 10pagi..kol 10.45 baru terkedek2 naik feri...pastu tersengih-sengih...ini mmg aku hangin..aku bab2 timing mmg pantang kalo orang x tepati...nasib baik la time tu iman kuat sikit kalo x sia2 kene tazkirah percume...kat kampung kedua awal2 Pak Moris(tour guide group lain) dah warning jangan lambat lagi...and aku suke bile die dah kene warning..padan muke ko...balik daripada Danau Toba kitorg teruskan perjalanan nak ke Berastagi...ambik mase dalam 4jam..



Air Terjun Sipiso-piso










And akhirnye kitorg sampai kat Hotel Sinabung lebih kurang kol 6ptg....hotel ni lagi sejuk daripada Hotel Niagara coz lagi tinggi lebih kurang 1000++ daripada paras laut kalo x salah aku la..sampai hotel macam biase terjah katil dulu...so bile dah terjah katil makne aktiviti seterusnye adalah zzzzzz....sambung untuk ari ketige pulak nanti ye...daaaa 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...