Monday, November 11, 2013

Adakah Perlu?

I baru je balik bercuti so sepatutnya segala macam semangat adalah seperti diperbaharui. But this time, semangat makin merudum lah pula rasanya. Dah la balik-balik bercuti badan tak berapa nak sihat. Ni bila badan dah ok, semangat nak bekerja pula ke lautttttt. Adakah sebab this time, i tak pergi tempat-tempat yang tenang dan fresh macam dekat Medan dulu atau sememangnya i ni pemalas. But seriusly semangat bekerja memang sangat mendukacitakan. Baru setengah bulan, i dah banyak kali cuti. Adakah i perlu berCUTI LAGI? bercuti di Cameron Highland atau Langkawi maybe..semangat, mai serap dalam badan i.




Thursday, October 10, 2013

Bercuti Lagi

Assalamualaikum....

Since aku dah pon melafazkan janji yang dalam setahun harus ada sekali percutian. So kali ni, aku sekali lagi dengan member sepercutian akan ke Thailand pula. Tapi kali ni, kami tumpang sekaki dengan orang lain. Kalau biasanya pergi berempat, kami ni pergi under rombongan.Join rombongan teman-teman zaman aktif Puteri UMNO dulu.

Kami akan berangkat ke Thailand pada 25/10/2013 and insha Allah sampai balik di Melaka 28/10/2013. Macam biasa perasan haruslah excited. Tak sabar nak tengok tempat orang. Mula-mula ingat nak ajak adik pergi sekali. Tapi dia tu banyak songeh sangat. Aku ajak ikut bukan untuk berhabis duit beli macam-macam tapi lebih kepada untuk kenal budaya dan persekitaran. Yang dia pula pikir nak shopping. Last-last cancel sebab budjet dia tak banyak. APAKAH?

Insha Allah, kami akan pergi ke Hatyai. Itenary pon dah dapat daripada penganjur lawatan. Kali ni travel senang sikit. Tak payah nak beg tarik macam AF bagai. Guna backpack saja. Sekarang ni, aku tengah buat persiapan sikit-sikit. Power bank dah ada. Kasut pon dah beli menggantikan kasut yang dah minta nyawa. Tinggal sediakan ubat-ubatan and beli baju sikit. Tak sabar rasanya nak bercuti. Harap-harap apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Amin.

Tuesday, August 13, 2013

Open Table Di Seoul Garden

Sekejap saja rasanya masa berlalu. Sekarang dah pon 6 Syawal, masa memang bergerak pantas sekarang ni. Bulan Jun yang lepas, aku telah diberi satu anugerah yang sangat bermakna sepanjang hampir 4 tahun aku berkhidmat sebagai kakitangan awam *entry ni* . Perasaan! ofcoz aku terharu dan bangga sangat, bukan setakat aku saja, rasanya semua orang pon sama kot. Mahunya tak bangga dan terharu, setelah berpenat lelah bekerja akhirnya usaha kita dihargai.

So sebagai meraikan rezeki yang Allah bagi, aku kongsikan wang saguhati yang aku dapat dengan family. Memang saja aku tunggu bulan Syawal sebabnya time ni lah baru semua adik beradik ada. Tapi sebenarnya adik beradik aku takda la duduk jauh sangat pon cuma tunggu kakak ipar dengan anak buah je. Diorang duduk Kedah so dah kalau nak celebrate dengan family makan haruslah tunggu diorang sekali.

Jadinya Ahad yang lepas, lock pintu rumah tutup tingkap semua tak payah bagi orang datang. Kami satu family termasuk dengan family busu pergi serbu Mahkota Parade. Kami celebrate di Seoul Garden Restaurant. Mari kita merasa makanan korea supaya konon-kononnya lepas ni boleh la berjodoh dengan  Kyu Hyun SuJu tu kan *juling mata ke atas*. Ini first time aku try makan dekat restoran Korea, biasa pergi makan dekat OldTown dengan Johnny's je. Nasib mak tak jakun nyah.


lima meja sekali i booking...dari depan sampai hujung family kitorang je..








sedap wooo satay ayam ni...i tambah berkali-kali okey...












orang paling lambat habis makan..;-)


budak tak boleh pakai...ada makan nasi dengan ayam goreng..dekat rumah pon ada...



Kimchi....not bad la rasanya.

Kesimpulannya tak rugi kalau korang semua nak cuba makan dekat sini. Apa yang boleh aku kongsikan, bagi warga emas akan dapat potongan harga manakala kanak-kanak pula ada had ketinggian. Bawah 130cm rasanya FOC ok. Boleh google untuk cari maklumat ya.


Thursday, July 25, 2013

Test RS Collagen

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah hampir 20 ramadhan kita berpuasa...and dugaan berpuasa tahun ni aku demam hampir seminggu...tapi tak mematahkan semangat aku nak berpuasa..demam pon tetap puasa juga...

Maknanya tak lama je lagi kita dah nak berhari raya...so hari raya ni confirm-confirm la orang perempuan nak lebih cantik daripada biasakan...jadinya untuk nampak lagi cantik marilah kita sama-sama cuba satu produk ni..RS Collagen by Rita Rudaini..ye Rita Rudaini yang pelakon Sehangat Asmara tu...lama juga sebenarnya aku usha instag dia...tengok kulit dia...masyaallah bukan main cantik..pastu ramai pengguna bagi komen yang best-best je...

So aku pon apa lagi..tak lepas peluang la nak test juga...whatssup agen dia...order pastu buat bayaran and then besoknya tadaaaaa dah sampai kat rumah....express gila service dia...

collagen dengan magic mask


Dah makan 2 kali...takda bau and rasa apa-apa....tapi kalau nak rasa dia best boleh campur dengan jus atau boleh juga campur dengan air suam tambah madu... ikut sukahati la kan...berbaloi pon satu hal juga...2 barang tu harga cuma RM95 sahaja...tiada kos pos ok...dan botol collagen dia adalah besar..kira memang berbaloi-baloi la...so sekarang kita tunggu hasilnya...boleh kalahkan kak ton ke tak?till then daaaaa...



p/s:excited nak tunggu hasil....confirm sejelita Rita Rudaini*pengsan*
lupa pula nak bagi tau..siap dapat angpow gambar Rita dengan anak-anak



Monday, June 17, 2013

Alhamdulillah..Rezeki Allah

Terima kasih Allah atas rezekiMu..thanks to my boss,family,colleagues,friends dan semua2 yang selama ni banyak membantu..syukur sesangat

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 31, 2013

Tambah Lagi Setahun

Assalamualaikum

Salam Jumaat
Hari ni hati berbunga-bunga je..almaklumlah besday girl katakan...pejam celik pejam celik dah setahun dan jumpa lagi bulan Mei..macam tak percaya umur bertambah lagi setahun...alhamdulillah syukur Ya Allah coz masih diberi kesempatan untuk terus bernafas..masih lagi boleh berjalan berlari bergembira bertangisan atas bumi allah ni....

Sebagai besday girl aku hadiahkan diri aku sendiri...nak tunggu orang bagi hadiah memang tak dapat le jawabnya..so dua minggu lepas aku hangout dengan adik aku..kitorang pergi Mahkota Parade..alasan utama bagi hadiah untuk diri sendiri bukannya ape nak guna voucher Summit...guna kad Summit time bulan kelahiran tu dapat la diskaun 30%...so aku pon ape lagi..rugilah kan kalau tak guna...









So amacam? cantik tak birthday gift aku tu? harap-harap tahun depan tak payah beli sendiri lagi..ada orang yang bagi....kehkehkehkeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...