Thursday, May 2, 2013

Mak Saya Kena Operation

Assalamualaikum..
First nak ucapkan Selamat Hari Pekerja*rasataklambatsangatkanwish*....nak cerita yang emak saya kena operation mata hari khamus depan...ceritanya tadi emak pergi klinik check mata...sejak sebulan ni sebelah mata dia tak nampak...so pergi klinik untuk buat check-up...hari tu check-up nurse kata tunggu dia bagi tarikh untuk pergi hospital besar...

Tapi tadi bila dia datang klinik..boleh pula nurse marah kenapa tak pergi hospital lagi...padahal sebelum ni dia juga yang suruh tunggu dia bagi tarikh...makanya tadi my abang pergi la bawa ke hospital...

Bila dah siap buat xray semua doktor kata kena operate and nak kena hantar KL...tapi mak tak nak...bile doktor tu bincang-bincang dengan pakar operation...diorang decided buat operation khamis minggu depan....and hari selasa kena tahan ward..

Aku harap sangat semuanya berjalan lancar nanti...and operation tu berjaya....untuk emak pula kuatkan semangat ya...semua akan berjalan dengan lancar...inshaAllah...amin

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, April 17, 2013

First Time Makan...Not Bad



Assalamualaikum...
Semalam i kerja luar...jadi penghantar surat...dah nama pun staf seorang je kan..so kena la buat kerja-kerja despatch ni....
Dah setel hantar surat...singgah Aeon JayaJusco Ayer Keroh..nak test makan Johnny's...kesian gila kot.tak pernah lagi makan kat situ...nasib i tak kejakunan..kalau tidak confirm malu orang tengok...
Rasa dia not bad la..tapi ada rasa macam manis-manis sikit..ikut tekak saya la..kalah orang lain tak tahu la pula kan...nanti boleh pergi makan lagi...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, April 9, 2013

Azabnya Sakit Gigi

Assalamualaikum

Ada masanya sesihat mana dan sekuat apa pun kita pasti akan mengalami kesakitan.Kesakitan yang kecil atau kesakitan yang tahap melampau.Kata orang ada 3 kesakitan yang paling sakit dalam dunia ni.Pertama sakit ketika maut menjemput, kedua sakit ibu bersalin dan ketiga sakit gigi.Sahih atau tidak bergantung pada tahap penerimaan kita.

Alasan tetiba cerita pasal sakit ni kenapa?sebenarnya aku tengah sakit gigi.eh bukan bukan sakit gigi tapi sakit gusi.Gusi i bengkak u.Azabnya la hai,nak pergi klinik gigi takut.Makan ubat pula kejap je baik lepas tu sakit balik.Terfikir-fikir juga nak makan kalsium,manalah tau kan kot-kot kalsium dalam badan kurang tu yang asyik sakit gusi je kan.Boleh ke tak ya makan kalsium tanpa rujuk pada doktor gigi?

Seksa bukan main lagi.Nak bercakap, nak makan pun takda mood.Rasa nak marah je ni hah.Tapi apa nak buatkan terpaksa la tahan derita sampai gusi ni susut sebab diri sendiri yang takut bebenar nak jumpa doktor.And harap-harap akan diberi kekuatan untuk berdating dengan doktor gigi.



Tuesday, April 2, 2013

Wedding Kakak Kita

Assalamualaikum

Sabtu 2 minggu lepas (23/3/2013) adalah majlis kahwin kakak saya...majlis kahwin kedua untuk family saya setelah 8 tahun....jadinya dah macam majlis kahwin pertama juga..almaklumlah kan dah 8 tahun tu....letih sungguh la banyak sangat kerja...buat persiapan sikit punya lama..majlisnya 1 hari je....lepas tu nak kemas rumah lagi....alhamdulillah dah setel kemas semua...and pengantin pon dah pindah rumah sendiri..malas nak cerita banyak so tengok gambar ye...
   


weouls pon nak juga rasa naik pelamin

pengapit yang nervous



Dayang2 yang kuat berangan  











majlis bertandang

Antara make-up kat rumah dengan rumah abang ipar...saya lebih suka yang kat rumah abang ipar...nampak natural...comel je saya tengok kakak saya tu...tak sangka dia dah kahwin...harap-harap dia happy and berbahagia hingga ke hujung nyawa...tahniah ye sis

Friday, March 15, 2013

Semua Baru

Halluuuuu....wazzup wazzup
rindunya la aku kat blog ni...hari-hari jengah tapi nak update tu je yang takda masa and malas...teruk sungguh la perangai anak dara...malas memanjang je kann....minggu depan dah wedding day my sister...barang dah menimbun-nimbun ni hah...majlisnya satu hari tapi nak buat persiapan sikit punya lah lama...

Orang lain yang nak kahwin aku pula yang kecoh-kecoh...daripada tahun lepas dah bising-bising cari baju..nak pergi shopping memang takda makna lah kan...so paling senang online je...belek punya belek akhirnya aku beli dress warna oren...tak pernah-pernah tu pakai warna oren...lepas order tu macam menyesal pula pilih warna oren..tapi bila baju dah sampai kira ok la...takda la oren sangat...ala-ala warna tanah je...kira boleh la tu...


Baju ni la yang aku beli..yang belah kiri tu...cantik wooo...baju-baju kat facebook Tita Rusmila ni semua cantik-cantik...gila sekejap time tengok tu....rasa macam nak beli semua je..tapi tahan je nafsu...buat masa ni sabar dulu..bila dapat gaji nanti harus kena beli...mesti cun bila baju tu pakai dengan kasut ni...


Wah dashyat aku..baju baru kasut baru..semua kalau boleh nak yang baru...lorat sangat la aku ni kan...tapi ada aku kisah...hahahahhahaha..

Tuesday, February 5, 2013

Senyum Jangan Mengeluh

Wah lamanya tak update...bukan apa masih still busy *alasan*....biasa la kan masih awal-awal tahun...dah habis satu kerja ingat dah boleh rileks-rileks sikit...tapi bila submit yang ni datang pula yang baru...siapkan yang situ yang sini pula pending lagi...

Bulan Januari boleh dikira bulan yang busy juga la...dengan kerja hakiki..kerja kat rumah lagi...busy dengan majlis tunang kakak lagi...walaupon bukan diri sendiri yang tunang tapi tak kan nak biar kan mak buat kerja sorang-sorang kan...nak kene juga kemas rumah apa yang patut...tolong apa-apa yang perlu....dah setel hal tunang kakak nak kena hadap majlis kahwin dia pulak bulan Mac ni...tu lagi banyak kerja kan...tapi takpa mesti boleh punya setel punya benda-benda tu semua...and sekarang ni nak gi buat kerja...audit kewangan 2 minggu lagi pastu ada pemantauan fail pula...cuma tak tau bila tarikhnya...so jom berjuang dengan segala macam fail...aja aja fighting

Friday, January 18, 2013

Nyawa Adalah Seperti Hendak Tercabut

Alahai lamanya tak jengah blog ni...skang ni aku tengah busy..banyak benda nak kena setel...nak siapkan dokumen kewangan coz tak lama lagi dah nak kena hantar audit..pastu nak kena setel cukai pendapatan....nak kena update fail sekolah untuk pemantauan...dengan setelkan dokumen-dokumen staf yang pindah lagi...nak set-up macam-macam benda lagi..almaklum tahun baru kan...banyak benda yang nak kena ganti baru...kelam kabut dibuatnya..pastu kat umah pulak sedikit busy...nak buat kenduri..my sister nak tunang..bulan Mac dia nikah...so maknanya daripada skang la kan nak kena tolong apa yang patut...harap-harap siap la semua benda sebelom date line nya...

"Ya Allah..permudahkanlah segala urusan ku"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...