Sekejap sangat rasanya....tahu-tahu 2016 dah sampai suku tahun terakhir.Cepat betul masa berlalu sekarang.Rasanya baru je sambut tahun baru...ni dah nak sampai penghujung.Macam baru je lagi rasa mengah hilang dengan kerja-kerja wajib awal tahun...eh eh dah nak kena hadap lagi.Perasaan yang tak ketahuan nak digambarkan.
Saya teruja bila ketibaan suku terakhir 2016 tapi saya juga merasakan seolah-olah terpaksa terima kehadirannya.Teruja plus terpaksa dan saya tidak tahu mahu memberikan keutamaan yang mana.Perasaan teruja itu hadir bila telah lama tidak kemana-mana akhirnya saya akan membawa diri menikmati keindahan yang terpotret di suatu sudut di pentas dunia (ayat nak gempak saja). Insha Allah jika diizinkan 14/10 saya akan kesana menikmati keindahan, menenangkan jiwa dan menghilangkan serabut dikepala.
![]() |
ehsan google |
Harapnya setelah kembali dari sana perasaan terpaksa saya pudar dan mahu menerima dengan hati terbuka.Dikurniakan semangat yang membara, bersiap sedia menyudahkan kerja-kerja yang tergendala, percaya yang tahun ni bakal berakhir dan pasrah dengan putaran masa.