Thursday, September 18, 2014

Dekat Dimata Jauh Difikiran

Assalamualaikum

Tahun ni adalah tahun yang penuh dugaan buat negara tercinta kita. Berbagai peristiwa yang berlaku terutamanya insiden pesawat MAS yang menuntut kita berfikir dan merenung sejenak kepada apa yang berlaku. Insiden ni bagi aku menuntut kita sebagai rakyat Malaysia untuk menunjukkan penyatuan. Disaat kita ditimpa dengan dugaan, adalah juga segelintir yang asyik menghentam.

Tapi itu adalah dugaan negara. Dugaan untuk aku pula adalah masalah kewangan. Masalah global aku fikir. Tahun ni macam-macam yang perlu aku ambil berat. Dengan kereta yang banyak guna duit, memenuhi keperluan dan kehendak ditambah lagi kena tipu dengan member. Tapi acara liburan tahunan adalah wajib.Seperti biasa pergi bersama teman berlibur.

Disebabkan dana yang tak berapa nak banyak so mampu pergi yang dekat-dekat saja. Tempat yang sangat dekat tapi tak pernah terlintas difikiran dan hati untuk pergi, Port Dickson. Sangatlah tidak gempak rasanya bercuti di PD sehingga nak mengkhabarkan berita gembira kepada seisi rumah pon rasa macam mahu disumbat muka ke dalam poket, hahahahahaha.  Memang selama ni tak pernah terfikir pon nak pergi bercuti dekat PD melainkan kalau orang lain yang decided. Selama ni ingat apa saja lah yang ada dekat PD melainkan laut. Bila dah sampai sana baru "Oh!ada tu rupanya, ada ni rupanya".

Seperti biasa, percutian adalah bersama bff yang tak boleh terpisah, Kak Ita. Sampai je hotel dalam pukul 3.30ptg, check-in dan settlekan seruan alam terus gerak pergi rumah sepupu Kak Ita. Bukan main lama lepak dekat sana, borak-borak sampai tak sedar dah pukul 6 lebih.Malamnya pula pergi jumpa adik angkat Kak Ita yang baru balik dari Lubnan and dapatlah juga survenirs daripada sana.


minyak wangi dia sangat wangi..

Hari kedua kitorang ke Ostrich Farm. Yuran masuk RM30/person, itu kitorang beli melalui Group On. Sangat murah. Dekat Ostrich Farm tu ada macam-macam aktiviti selain keliling farm tengok ostrich. Bukan ostrich je yang ada, ada lagi lebih kurang 10 jenis binatang. Kira macam mini zoo. Tengok binatang bukan keutamaan kitorang, sebenarnya lebih teruja nak naik ATV. First time cuba.


breakfast dulu..jana energy


Harry The Legend

Kami orang pertama yang sampai. Buka 9.30 pagi tapi 15minit sebelum tu kitorang dah terpacak dekat situ. Buka je terus masuk and masuk-masuk nampak kambing tu. Rileks je tertenggek atas kayu tu.Macam abang kawasan perhatikan anak buah buat kerja.

Habis keliling farm terus ke tempat ATV. Extreme Jungle Park namadia and dekat je dengan farm. Orang pertama sampai so layanan dia pon istimewa lah sikit. Waktu sampai pekerja-pekerja dekat situ tengah bersih-bersihkan kawasan and baru nak keluarkan peralatan. Sementara diorang nak set-up perkakasan, kitorang pergi tengok dinosaur. Biasa-biasa je, cuma patung dinosaur je pon. Test main archery, daripada banyak anak panah yang disediakan cuma 3-4 je yang kena dekat target. Lain semua ke laut. Main sumpit lagi tak boleh blah, satu pon tak kena. Jawabnya kalau duduk dalam hutan memang susah lah nak hidup. Hahahahaha.














John Dragon..nama kau tak hagak-hagak ye iguana oii













Staff-staff ATV semaunya peramah..ada 3orang staff cuma yang ni je suka selfie..


Habis dekat situ, kitorang gerak balik. Tunggu Mia and family dia lambat sangat. So balik resort dulu, tidur ke apa yang patut. Sampai resort tak boleh nak masuk bilik pula. Access pintu tak berfungsi. Dah la masing-masing rasa nak terkucil.Hahahahahaaha. Sementara nak tunggu technicion dia sampai bergambar dulu. tidur sekejap sementara tunggu Mia sampai. Nak bawa anak dia pergi pantai. Pengalaman pertama baby Hanania ke pantai.


terpaksa buang kasut tu coz tapak tertanggal pula..nasib ada kasut lebih..

resort kami dibelakang tu

Hanania mandi pantai..aunty nurul feeling2 Datin Norjuma dekat tepi pantai..

Besoknya ingat lepas breakfast nak mandi laut, sekali hujan lah pula. So membuta je lah dalam bilik menunggu time check out pukul 12tengahari. So tahun ni bercuti ke PD sahaja. Tahun depan tak tahu lagi nak kemana.

2 comments:

ietah said...

hahahaha dan hahaha lagi..
ade improvement menulis
sukeee!

Nurul Jiyana said...

I ni jenis malas nak tulis karangan sis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...